Friday, 30 November 2012

KAD SUKU KATA

Kad suku kata ciptaanku. Jika ada yang berminat boleh ambik :-)








PENILAIAN KEMBARA 2012


KEMAHIRAN MEMBACA







KEMAHIRAN MENULIS





KEMAHIRAN MENGIRA






BAHASA INGGERIS





Wednesday, 21 November 2012

Pendidikan awal sebelum ke sekolah

PENDIDIKAN AWAL SEBELUM KE SEKOLAH


Melihat kanak-kanak berusia tujuh tahun melangkah ke tahun satu sememangnya mencuit hati dengan aksi dan reaksi pelbagai ragam. Ada yang terlalu teruja dan sangat gembira dengan alam baru. Sebaliknya ada yang menangis kerana takut dan tidak mahu berpisah dengan ibu bapa. Bagi mengelak perasaan takut dan terasa diri ketinggalan adalah menjadi satu kepentingan dan kewajipan buat ibu bapa hari ini menghantar anak ke pra sekolah atau mana-mana pusat bimbingan kanak-kanak.
Tidak sukar memilih pusat bimbingan kanak-kanak atau tadika kerana setiap kawasan perumahan ada banyak tadika atau pra sekolah yang menawarkan pelbagai konsep pendidikan bagi memenuhi keperluan pembelajaran semasa.
Bagi kebanyakan ibu bapa ramai yang menganggap prasekolah adalah tempat untuk anak berseronok dan mempelajari sesuatu yang baru, manakala sesetengahnya pula berharap prasekolah dapat memberikan satu permulaan yang baik kepda dunia akademik anak mereka.
Sebenarnya, prasekolah perlu menjadi satu perkara penting iaitu tempat yang memberi asas kepada pembelajaran untuk masa depan anak. Ini kerana, kemahiran akademik sangat penting walaupun yang lebih penting ialah sikap dan kasih sayang yang diberikan sepanjang tempoh belajar. Apapun, bagi kanak-kanak yang baru mahu mengenal kehidupan, meneroka dunia baru melalui pembelajaran peringkat awal memberi kesan yang positif kepada anak untuk pembesarannya.
Maka sebab itulah ibu bapa perlu bijak memilih prasekolah yang mana benar-benar baik untuk anak. Ia bukan saja berdasarkan kepada reputasi sekolah itu tetapi juga bagaimana sekolah itu mampu memberikan didikan positif dan pembelajaran yang membina kepada anak.
Contohnya kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun dunianya bukan sekadar mewarna kartun, menulis A hingga Z, membilang 1 hingga 10 dan menyanyikan lagu yang mudah tetapi sebenarnya kebolehan mereka melangkaui apa yang difikirkan oleh orang dewasa
Mereka ini seperti span yang mampu menyerap cecair dengan cepat pada persekitarannya. Lagipun kajian membuktikan kanak-kanak awal usia ini mampu membuat campur dan tolak serta menyatakan perhubungan sebab dan akibat daripada sesuatu perkara.
Mengikut pendapat beberapa pakar pendidik, kanak-kanak awal usia ini belajar daripada segala apa yang mereka lakukan. Mereka secara semulajadinya bersifat peka dan gemar meneroka dunia di sekelilingnya.
Kanak-kanak yang menerima sokongan dan galakan yang betul sepanjang tahun awal tumbesaran mereka akan membentuk peribadi yang lebih baik dalam dunia persekolahan mereka kelak. Sebab itulah ibu bapa mesti ingat bahawa setiap kanak-kanak belajar dengan cara dan kecepatan yang berbeza. Pendekatan pengajaran merentasi sempadan mampu melahirkan kreativiti dan potensi atau sebaliknya menumpukan minat anak untuk belajar.
Oleh itu, adalah sangat penting anda memilih prasekolah yang menerapkan metodologi lebih fleksibel dan menyediakan persekitaran yang mengalakkan di samping perkembangan pemikiran holistik.

Sumber Maklumat : pmr.penerangan.gov.my
 

Mengenal Sayuran

SUB NKRA PRASEKOLAH...

Prasekolah: Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak 4+ dan 5+ tahun, dan mempertingkatkan kualiti sistem

  • 1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan serta Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah. Jawatankuasa ini berperanan mengkaji semula dasar pendidikan prasekolah kerajaan dan prasekolah swasta yang berdaftar termasuk kurikulum, kriteria kelayakan, latihan dan penilaian, menyelaras semua prasekolah (kerajaan dan swasta) serta memantau dan menilai pendidikan prasekolah bagi menggubal dasar prasekolah masa depan. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran (MOE), manakala ahli tetapnya terdiri daripada Ketua Pengarah KEMAS, Ketua Pengarah JPNIN dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta (MOE).
  • 2. Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bermula Januari 2010, yang dibangunkan dengan kerjasama agensi swasta. KSPK memberi penekanan dalam aspek berikut:
    • 2.1 Menggabungkan prinsip pendidikan holistik yang berorientasikan kepada hasil Pembelajaran
    • 2.2 Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mengambil kira latar belakang pelajar yang berbeza
    • 2.3 Mentakrifkan penggunaan bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil dan Mandarin sebagai bahasa instruksional
    • 2.4 Melibatkan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pemahaman budaya serta aktiviti pelbagai bangsa
    • 3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan. Ini termasuk penyeragaman pemberian geran per kapita kepada prasekolah MOE, KEMAS dan JPNIN serta menaikkan bantuan makanan bagi menampung inflasi.
    • 4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru prasekolah. Program Peningkatan Kemahiran akan diberikan kepada lebih kurang 30,000 guru dan pembantu guru prasekolah sedia ada dan baru dalam tempoh tiga tahun. Selain itu, kriteria kelayakan minima untuk semua guru prasekolah ialah Ijazah sarjana muda. Sebagai tambahan, kerajaan juga akan membangunkan kerangka kecemerlangan pendidikan prasekolah, dengan menakrifkan sasaran yang perlu dicapai oleh prasekolah
    • 5. Menambah bilangan kelas prasekolah, khususnya bagi kanak-kanak berumur 4+ tahun. Berdasarkan kepada kadar penyertaan semasa, disasarkan bilangan kelas prasekolah yang diperlukan dalam anggaran 10,000 kelas. Bagi mencapai sasaran ini, pihak kami akan meningkatkan kerjasama dengan pihak swasta.
    • 6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan prasekolah. Insentif baru akan diberikan kepada pengusaha presekolah swasta khususnya di kawasan miskin bandar dan di luar bandar. Manakala pihak swasta pula , perlu mematuhi standard yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan, termasuk sasaran yang ditetapkan.
    • 7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan bagi menyelaras dan mengumpul maklumat berkaitan prasekolah termasuk maklumat asas pelajar, personel dan lokasi sekolah serta pencapaian prasekolah tersebut. Dengan sistem ini, pihak Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan akan dapat memantau dan menilai pelaksanaan prasekolah dengan lebih telus dan berkesan serta dapat merancang dasar-dasar baru bagi memantapkan pelaksanaan pendidikan prasekolah.
Penambaikan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ini merupakan satu inisiatif yang diterima baik oleh pengunjung ke ruang pameran Pendidikan semasa Hari Terbuka. Literasi dan numerasi: Memastikan semua kanak-kanak27 berupaya menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.

Sasaran yang ditetapkan agak sukar dicapai, walaupun untuk golongan dewasa kerana kurang daripada 30 negara mempunyai kadar literasi mencapai 100%. Namum, sasaran yang tinggi untuk kadar literasi dan numerasi amat penting. Ini disebabkan pada tahun 2008 sahaja, masih terdapat 54,000 pelajar Tahun 1 (anggaran 13% daripada jumlah enrolmen pelajar Tahun 1) yang tidak menguasai kemahiran literasi dan 117,000 (24%) pelajar dalam Tahun 4 yang tidak menguasai kemahiran numerasi yang ditetapkan.

Kajian yang telah dijalankan oleh MOE menunjukkan bahawa faktor yang menyumbang kepada keciciran pelajar adalah disebabkan ketidakupayaan untuk menerima pelajaran yang diajar. Pada tahun 2008, hampir 32,000 pelajar cicir dari pelbagai peringkat persekolahan. Harapan kerajaan, sekiranya penguasaan kemahiran literasi dan numerasi asas diberi penekanan bermula daripada peringkat awal pendidikan, kadar keciciran pelajar akan dapat dikurangkan. Penguasaan kemahiran literasi dan numerasi pada peringkat awal pendidikan juga amat kritikal bagi seseorang kanak-kanak kerana penguasaannya akan menjadi lebih sukar di masa hadapan – kegagalan adalah kumulatif

Penguasaan kemahiran literasi dan numerasi juga akan mengupayakan anak-anak kita supaya lebih produktif dan lebih berkeyakinan untuk menyertai aktiviti komuniti setempat dan masyarakat keseluruhannya.

KAJIAN TINDAKAN



ISU KEPERIHATINAN/ FOKUS KAJIAN
                     
Pendidikan prasekolah semakin dititikberatkan. Masalah yang sering berlaku dalam kalangan murid prasekolah ialah lemah dalam menguasai kemahiran menulis. Kelemahan lain yang dihadapi ialah mengeja dan membaca. Kegagalan murid menguasai kemahiran menulis akan memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
Masalah yang sering dihadapi murid prasekolah pada peringkat awal ialah mengenal dan menulis huruf dengan betul. Murid prasekolah yang kurang daya pengecaman akan menghadapi masalah mengenal huruf. Kajian ini berfokus kepada murid prasekolah yang menghadapi masalah mengenal dan menulis huruf dengan betul. Masalah yang dihadapi oleh guru mungkin kaedah pengajaran kurang berkesan.
Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah (KSPK) yang diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak kementerian telah mensasarkan fokus untuk memastikan murid-murid prasekolah dapat mengenal huruf A-Z sebagai asas utama dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Pada peringkat ini, murid-murid dibimbing untuk mengenal bentuk dan bunyi setiap huruf serta dapat menyusun huruf-huruf tersebut menjadi suku kata. Namun demikian, tahap penguasaan setiap murid adalah berbeza menyebabkan ada murid yang tidak dapat mengenalpasti bentuk dan huruf dengan betul, apatah lagi menghasilkan satu bentuk suku kata. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan berlakunya masalah seumpama ini. Selain daripada kemampuan menguasai P&P dengan baik, masalah ini juga berkaitan dengan disleksia. Menurut Drake (1989), masalah disleksia dirujuk kepada ciri, antaranya : kesukaran belajar berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual, tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku), dan tumpuan yang terhad (pengamatan visual).
Justeru, kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti cara terbaik untuk membantu Mohd Ashrull menulis huruf dengan betul. Kajian ini menggunakan teknik “Cilik Cerdik” dan telah diuji sesuai dengan tahap penguasaan murid tersebut.


INTERPRETASI DATA
Hasil daripada ujian pasca dan ujian pra yang dijalankan , didapati terdapat perbezaan yang ketara. Hal ini menunjukkan hasil yang amat memuaskan di mana murid dapat menulis huruf dengan betul walaupun pada awalnya dia mengalami masalah tidak boleh mengecam huruf mengikut arah yang betul. Berdasarkan teknik yang diperkenalkan ini, didapati Mohd Ashrull dapat mengingat dan memahami serta dapat mengaplikasikan pengetahuannya dengan lebih tepat dan berkesan. Kini, Mohd Ashrull tidak lagi menghadapi masalah untuk menulis huruf dengan cara yang betul.

RUJUKANKU...




Kanak-kanak prasekolah sering berdepan dengan masalah menguasai kemahiran membaca pada peringkat awal. Atas inisiatif untuk menangani masalah ini, modul pengajaran bacaan awal bahasa Melayu yang dinamakan Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur (KVB) diperkenalkan dalam buku ini. Kaedah KVB bersandarkan pada dua teori utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu Teori Behavioris dan Kognitif. Topik-topik dalam buku ini menyentuh tentang perkembangan bahasa kanak-kanak, kemahiran membaca pada peringkat bacaan awal dan pelaksanaan pengajaran kemahiran bacaan awal melalui pendekatan Belajar Melalui Bermain. Lebih menarik lagi, buku ini turut dilengkapi dengan contoh aplikasi pengajaran termasuk Ujian Kesediaan Membaca dan Ujian Kemahiran Bacaan Awal.

Belajar ABC untuk kanak-kanak : DEMO